KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

                                  disediakan oleh: NUR ANIS NAJIHAH BINTI ZAKARIA


                 Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar dalam menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang telah dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran
memproses maklumat ini membolehkan seseorang pelajar itu dapat mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan untuk tujuan peribadi, profesional atau akademik. Jelaslah bahawa pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber rujukan untuk membenarkan lagi idea-idea yang telah mereka peroleh. Tujuan kemahiran ini ialah supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan sesuatu tugasan kerja kursus. Terdapat empat pecahan dalam kemahiran ini dan boleh dilihat pada rajah dibawah :
Image result for kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis

1.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

          Analisis data merupakan  satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan atau menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.   Dalam menganalisis data, kita perlulah memastikan bahawa mempunyai lebih dari tiga data untuk dianalisis. Data kualitatif dan data kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis dan supaya  kelihatan lebih jelas.  Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Antara tujuan untuk menganalisis data adalah untuk menghubungkaitkan fakta, mensintesiskan data, membandingkan fakta, membaca maksud yang tersirat dan membuat kesimpulanTerdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis antaranya maklumat berbentuk kuantitatif dan maklumat berbentuk kualitatif. Malumat berbentuk kuantitatif selalunya berbentuk nombor yang dapat dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf dan carta pai manakala maklumat berbentuk kuantitatif pula berbentuk teks, lakaran, rajah dan foto. Ini dapat dilihat pada rajah dibawah. 

(a) Jadual


(b) Graf - graf lengkung, bar, carta pai dan piktograf

 graf bar

 piktograf

 graf lengkung

carta pai


rajah


lakaran

foto


teks

1.2 MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN

          Seterusnya ialah mentafsir dan membuat kesimpulan. Mentafsir memerlukan maklumat dalam bentuk teks supaya ia boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Terdapat beberapa langkah dalam proses mentafsir dan berikut merupakan antara langkahnya. 

Seterusnya, membuat kesimpulan. Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan dan kesimpulan ini dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan supaya benar. 
1.3 MENILAI MAKLUMAT

          Di samping itu, kita perlu menilai maklumat yang telah dikumpul. Terdapat dua perkara penting ketika menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.  Proses ini amat penting untuk mengesahkan kesahihan maklumat yang telah dicari.  Menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan ialah penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara atau maklumat itu tepat, berkesan atau memuaskan. Terdapat lima faktor dalam bahagian ini. Antara faktor-faktor berkenaan adalah autoriti iaitu kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh. Seterusnya, ketepatan ialah maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca. Selain itu, saksama dengan bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah seperti memenuhi objektif pembaca. Kemudian, nilai semasa iaitu maklumat yang terkini. Akhir sekali, lengkap dan jelas dengan memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu. Menilai maklumat dalam penulisan pula ialah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.

1.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS

          Apakah tujuan mensintesis maklumat? Apabila kita mensintesis maklumat, ia dapat menjadikan data dalam bentuk baru dengan menggabunkan pelbagai idea, memudahkan pemahaman, memberi gambaran menyeluruh tentang maklumat yang dikaji, menjadikan maklumat lebih bermakna dan laporan mudah difahami serta menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. 


           Seterusnya, peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk yang baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru. Hal ini dapat memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat yang telah kita cari. Pelajar juga perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat disintesis dengan lebih sempurna dan padat. Proses ini banyak menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh atau lebih terperinci dengan cara menggabungkan idea, menggubal semula dan menyatukan idea-idea yang telah dikumpul. 

          Di samping itu, proses  sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan
menjadikan maklumat lebih bermakna seperti laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku. Tambahan pula, dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa, isu atau tajuk yang hendak dilaporkan. Butiran yang perlu dimasukkan antaranya ialah yang berkaitan dengan persoalan apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa. Ini membuatkan laporan tersebut menjadi lengkap dah mudah difahami. Menurut nuraini (1991:69), laporan juga boleh dikategori berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai makluman, pemujukan, penerangan dan berkaitan dengan sejarah. 

          Akhir sekali bagi mendapatkan laporan yang tepat, pelapor seharusnya membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti. Mereka juga perlu membuat rekod sesuatu peristiwa dan menganalisa aktiviti. Seterusnya, mensintesis sesuatu pelan tindakan dan menghuraikan dengan lebih terperinci tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. 

KESIMPULAN

        Daripada tajuk yang telah dibincangkan iaitu kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis, dapat kita ketahui bahawa untuk mahir dalam bab ini kita perlu mengikut empat susunannya dengan betul supaya dapat menulis satu bahan yang sempurna dan lengkap tanpa ada kesalahan kerana kita telah sedilikinya terlebih dahulu sebelum menulisnya. Kebanyakan pelajar lebih suka untuk mencari daripada satu bahan sahaja tanpa mengesahkan kesahisan maklumat tersebut terlebih dahulu. Tetapi, setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat menggunakan cara-cara tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih sistematik dan berkait dengan tugasan yang diberikan. Oleh itu, kemahiran ini amat penting untuk pelajar mengelaskannya mengikut susunan yang tepat untuk menghasilkan satu bahan yang tiada kesangsian apabila dibaca oleh rakan-rakan dan pensyarah serta orang lain. 


RUJUKAN
 1) http://cikguiffahfakhira.blogspot.com/2016/09/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat.html
2) http://cikguidin.blogspot.com/2016/09/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-dan.html
3) http://cikgunabilazfar.blogspot.com/2016/09/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat.html

Comments

  1. Penulisan yang amat jelas dan menarik. Berdasarkan ulasan saudari mengenai kemahiran memproses maklumat, saudari ada menyebut bahawa terdapat dua perkara penting ketika menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.

    Boleh saya bertanya, kemahiran menilai maklumat ini lebih sesuai digunakan di peringkat pengajian institusi tinggi sahaja atau turut boleh digunakan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, kemahiran menilai maklumat ini sesuai digunakan oleh semua individu untuk mendapatkan melumat yang tepat dan benar. Apabila maklumat yang diperoleh itu benar, jadi tidak berlaku apa-apa kesangsian terhadap maklumat itu.

      Delete
  2. apakah cara terbaik bagi menentukan sama ada kesimpulan tersebut adalah jelas dan tepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan berikut. Terdapat beberapa teknik membuat kesimpulan yang akan kita boleh ketahui. Diantara teknik dalam membuat kesimpulan ialah:

      1. Teknik Generalisasi
      Teknik generalisasi merupakan salah satu teknik didalam cara membuat kesimpulan. Fokus utama dalam teknik ini adalah membuat kesimpulan dengan menarik satu kesimpulan umum. Hal ini kita dapatkan setelah melakukan penelitian yang kita lakukan berdasarkan fakta dan data yang telah kita buat dan teliti. Kemudian, harus sesuai dengan jenis penelitian yang telah kita perbuat sebelumnya. Dengan demikian, kita boleh menentukan kesimpulan pada salah satu penelitian baik berupa skripsi, masalah, dan karya lainya. Kita dapat mengambil satu, dua atau beberapa isi kesimpulan umum yang kita tuliskan didalam bab akhir dari karya tulis yang kita buat.

      2. Teknik Analogi
      Cara membuat kesimpulan selanjutnya didalam cara membuat kesimpulan skripsi atau karya tulisan lain adalah dengan menggunakan teknik analogi. Teknik analogi merupakan teknik yang digunakan dalam cara menentukan kesimpulan. Teknik ini dilakukan dengan membuat perbandingan antara antara satu pembahasan dengan pembahasan lainnya yang sama. Kemudian, mancari persamaan yang terkait dengan hal tersebut.

      3. Teknik Sebab dan Akibat
      Cara ketiga dalam langkah-langkah membuat kesimpulan adalah menggunakan teknik sebab dan akibat. Teknik ini merupakan salah satu cara menentukan kesimpulan dengan cara menjelaskan sebab kemudian akibat yang ditimbulkan dari sebab tersebut.
      Teknik sebab-akibat ini merupakan salah satu cara membuat kesimpulan yang bertujuan untuk memperjelaskan gagasan utama yang telah diajukan dalam pendahuluan.

      Delete

Post a Comment