SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
by AIN SOLEHAH MANSOR
DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Selain itu, pentaksiran juga merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan
TUJUAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilakukan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran. Proses ini dapat memudahkan guru-guru mengenal pasti mana-mana pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu perkara. Selain itu, pentaksiran membolehkan para guru menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar. Seterusnya, para guru juga dapat memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, guru-guru berupaya mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Terdapat dua jenis pentaksiran, iaitu:
PENTAKSIRAN SUMATIF
PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran formatif pula merupakan pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk mengenalpasti dan membaiki kelemahan dengan kadar
segera. Pentaksiran ini dijalankan secara berterusan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh pentaksiran formatif ialah kuiz dan ujian mingguan.
PENTAKSIRAN DI IPG
PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
Antara persediaan untuk menghadapi pentaksiran ialah pelajar perlu menyusun jadual belajar dengan baik supaya segala urusan dan perkara lebih teratur. Selain itu, pelajar perlu membaca dari pelbagai sumber dan mengumpul serta menganalisis maklumat. Para pelajar juga disyorkan untuk membuat nota dengan baik dan terus mengulangkaji dengan memahami dan menghafal nota yang dibuat. Akhir sekali, para pelajar perlu menyediakan diri, mental dan fizikal untuk menjalani penilaian praktikum, penilaian BIG dan aktiviti kokurikulum.
TUGASAN INDIVIDU
Tugasan individu menggalakkan para pelajar untuk mengumpul dan menyediakan nota yang baik. Para pelajar
hendaklah melakukan ulang kaji dengan membuat nota serta memahami nota tersebut. Pelajar juga perlu menyediakan perancangan untuk mengulang kaji pelajaran.
TUGASAN BERKUMPULAN
Tugasan berkumpulan pula bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan. Penilaian dapat dilakukan dalam 3 bentuk, iaitu penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.
INTEGRITI PELAJAR
Pentaksiran amat penting ketika melaksanakan tugasan kerja kursus. Pentaksiran amat penting bagi mengetahui keberkesanan sesuatu aktiviti kepada individu. Pentaksiran sering dikaitkan dengan peperiksaan yang menguji daya minda ingatan dan kefahaman individu. Idea
yang dipersembahkan mestilah idea dan pandangan yang tulin bukannya ciplak, contohnya: penulisan esei dengan idea sendiri, penghasilan produk dengan idea
sendiri, membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat
penerokaan, menghadapi kuiz tanpa meniru dan menyiapkan kerja amali dengan idea
yang asli bukan ciplak idea seni individu.

hi saya comel
ReplyDelete👍👍👍👍👍
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, Apakah kepentingan sikap terhadap pentaksiran ini ? seterusnya, adakah perkara ini amat berguna terhadap semua individu atau sesetengan pihak sahaja seperti pelajar institusi tinggi.
ReplyDeleteSikap terhadap pentaksiran dapat memudahkan para guru mengetahui tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam akademik masing-masing. Dengan ini, para guru dapat menyediakan latihan dan bahan belajar yang lebih berkesan kepada para pelajar yang lemah dalam sesuatu perkara atau subjek. Pentaksiran ini berguna kepada pelajar dan guru-guru.
Delete👍👍👍👍👍
ReplyDeleteTerimakasih di atas penerangan saudari yang amat jelas dan menarik.
ReplyDeleteIzinkan saya bertanya tentang sesuatu perkara. Berdasarkan blog saudari, saya difahamkan bahawa pentaksiran bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran.
Namun saya kurang faham bagaimana sebenarnya ia dapat memberikan gambaran menyeluruh prestasi pelajar?
Pentaksiran ini merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Jadi, jika pentaksiran dijalankan sama ada sumatif atau formatif, guru-guru dapat menilai prestasi pelajar dalam sesuatu subjek atau chapter. Contohnya, guru mengadakan kuiz mingguan, ujian bulanan atau kuiz harian. Dengan cara ini, guru-guru dapat melihat dan menilai tahap pencapaian pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan pada hari atau minggu tersebut. Guru-guru juga dapat mengenal pasti sama ada objektif pembelajaran dapat dicapai atau tidak.
Delete